Pages

1.4.12

Juara Dunia Yang Pertama

1st World Champion, 1886 - 1894

Wilhelm Steinitz (1834 - 1900)

Wilhelm Steinitz dilahirkan di Prague, Bohemia (sekarang Czech Republic). Belajar bermain catur ketika berumur 12 tahun dan minatnya mula berkembang ketika sedang belajar di ViennaPada ketika itu kehebatan Morphy sebagai seorang pemain catur handalan telah menjadi buah mulut orang ramai dan membangkitkan semangat mereka untuk meminati permainan ini. Sebagi seorang pelajar yang miskin, Steinitz melihat bahawa catur merupakan peluang baginya untuk memperolehi wang dengan bermain di sebuah kedai kopi di Vienna. Ketika berumur 26 tahun dia telah menjadi juara di Vienna dan pemain catur professional.
Steinitz telah datang ke London pada tahun 1862 untuk mewakili Austria dalam satu pertandingan. Adolf Anderssen, ketika itu seorang pemain yang terunggul, telah menjuarai pertandingan tersebut dan  Steinitz mendapat tempat ke-6. Steinitz mengambil keputusan untuk menetap di England di mana kebanyakan pemain terbaik Eropah berada di sana. In 1866 Steinitz telah mengalahkan  Anderssen dalam satu pertandingan dengan mencatatkan keputusan 8 kemenangan, 0 seri and 6 kekalahan. Steinitz kemudian mendakwa bahawa ini adalah permulaan bagi dirinya menuju kejohanan dunia walaupun pada ketika itu tiada cadangan untuk mempertaruhkan sebarang gelaran dalam mana-mana pertandingan Steinitz telah mengalahkan Anderssen dalam satu pertandingan pada tahun 1868 di Aachen tetapi tidak lam kemudian Anderssen telah mengalahkan Steinitz dalam satu petandingan yang lebih penting di Baden-Baden pada tahun 1870. Selapas kematian pada tahun 1879, salah seorang muridnya, Johannes Zukertort muncul sebagai saingan yang hebat kepada Steinitz. Zukertort telah mengalahkan Anderssen dalam satu perlawana pada tahun 1871 tetapi apabila satu perlawanan telah diaturkan antaranya dengan Steinitz pada tahun 1872 Zukertort telah dikalahkan dengan dahsyat.
10 tahun berikutnya Steinitz tidak banyak menyertai pertandingan. Sebaliknya, dia bekerja keras untuk memantapkan teori bermain catur. Dalam sejarah catur, kebijaksanaan pemain catur untuk membuat sacrifice dan winning attack menjadi daya tumpuan ketika itu. Steinitz melawan amalan ketika itu dengan mempertahankan bahawa sesuatu permainan tidak akan kalah tanpa pemainnya membuat sebarang kesalahan. Dia cuba menunjukkan bahawa jika tidak terdapat kesalahan dalam pertahanan ketika bermain, serangan hebat yang dilakukan oleh pihak lawan tidak akan berjaya. Dia menekankan bahawa sesuatu permainan catur mengandungi satu struktur logik yang mana kelebihan (advantage) kecil boleh berhimpun untuk membentuk kelebihan yang lebih besar dan serangan yang dilakukan sepatutnya berdasarkan kepada positional advantage. Dia berusaha untuk membuktikan teori ini dalam permainannya.
Steinitz bertemu Zukertort sekali lagi dalam London International Tournament pada tahun 1883. 14 orang pemain terbaik dunia berada di sana untuk bermain 2 permainan setiap orang dalam 26 pusingan. Pertandingan ini juga merupakan pertandingan rasmi pertama yang menggunakan jam mekanik untuk menentukan masa dalam permainan. Zukertort bermain dengan hebat dengan kemenangan sebanyak 22 kali daripada 23 permainan dan memperthankan tempat pertama selama 2 minggu perlawanan berlangsung. Akhirnya dia keletihan dan kalah 3 permainan terakhir. Walaubagaimanapun dia masih 3  mata di hadapan Stenitz yang mendapat tempat kedua.
Tidak lama selepas pertandingan tersebut Steinitz telah meninggalkan England untuk menetap di Amerika Syarikat dan di tengah-tengah kekalutan untuk menentang Zukertort dan persediaannya untuk menghadapi kejohanan rasmi catur dunia yang pertama.
Kejohanan rasmi catur dunia yang pertama bermula pada hari Isnin 11 Januari 1886 di Amerika Syarikat. Bahagian pertama pertandingan berlangsung di New York sehingga salah seorang pemain memenangi 4 permainan. Mereka kemudian berentap di St. Louis sehingga salah seorang daripada mereka memenangi 3 permainan lagi. Bahagian terakhir berlangsung di New Orleans. Pemenang hendaklah menjadi orang pertama yang yang memperoleh 10 mata kemenangan. Buat pertama kalinya, sebuah papan yang besar digunakan untuk memainkan semula gerakan kepada gerombolan penonton yang berkumpul untuk melihat pertarungan tersebut dan selepas beberapa gerakan dibuat ia dihantar ke Eropah di mana ramai orang menyokong Zukertort.
Akhirnya pada peringkat pertama Zukertort telah mendahului dengan keputusan 4-1. Di St. Louis Steinitz telah menyamakan kedudukan dengan keputusan 4½ - 4½. Di New Orleans perlawanan tidak banyak perbezaan sehinggalah pada permainan yang ke-15 dengan Steinitz mendahului 6-5 dan 4 seri. Zukertort kemudian memperolehi 1 seri pada 5 pusingan berikutnya dan telah menunjukkan tanda-tanda keletihan yang amat sangat. Steinitz kemudian telah mengalahkan Zukertort dengan keputusan 10- 5 dan telah dinobatkan sebagai juara dunia.  Zukertort kembali ke England dalam keadaan uzur dan meninggal dunia 2 tahun kemudian pada umur 46 tahun.
Steinitz merupakan pemain catur pertama yang meraih wang hadiah daripada pertandingan dan kemenangan tetapi dia tidak dapat mengumpulkan wang untuk bersara dengan selesa. Dia terpaksa bermain catur untuk suatu masa yang lama walaupun dia telah berada di kemuncak kegemilangannya. Dia akhirnya mengalami masalh mental dan menghabiskan sisa hidupnya di hospital pesakit mental. Dia meninggal dunia dalam keadaan papa kedana pada 12 Ogos 1900.

No comments:

Post a Comment