Pages

11.4.12

Kejohanan Catur Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012

Tarikh   : 9-10 April 2012
Tempat : SK Titi Serong, Parit Buntar, Perak.







8.4.12

Free Internet Chess Server (FICS)

Bermain secara online dapat meningkatkan prestasi permainan anda. Anda boleh bermain di FICS. Caranya mudah saja.

1) Daftar akaun FICS di sini.
    a) Klik Register dan isi Registration Form seperti kat dalam gambar.

   
    b) Isikan maklumat diri anda. Isi nama yang anda akan gunakan untuk login pada ruang
        Handle. Klik pada kesemua ruang Agree. Klik Send Registration dan klik OK.

    c) Semak email anda. Copy activation code dan klik pada link untuk activate akaun anda.

    d) Masukkan Handle anda dan activation code, kemudian klik Activate! dan Ok.

  
 e) Semak email anda sekali lagi.Anda telah diberi Login Name(Handle) dan password.


2) Download interface di sini. Klik Download dan klik BabasChess v4.0, kemudian save.

   
    a) Install dan konfigurasi BabasChess.



    b) Set save game dan enjoy your first game.



Anda boleh melihat semua game anda dengan membuka File > Open PGN file...



4.4.12

Chess Annotation Symbols

Symbol
Means
Also Written As



1 - 0
White Wins

0 - 1
Black Wins

1/2 - 1/2
Draw

+
Check
ch.
++
Double Check
dbl. ch.
dis. ch.
Discovered Check

O-O
Castles Kingside

O-O-O
Castles Queenside

#
Checkmate

!
Good Move

!!
Very Strong or Brilliant Move

?
Mistake

??
Blunder

!?
Interesting Move

?!
Dubious Move

+-
White has a Winning Advantage

White has a Clear Advantage
+/-
White has a Slight Advantage
+=  or  +/=
=
Equal Position

~
Approximately Equal Position

Unclear Position

Black has a Slight Advantage
=+  or  =/+
Black has a Clear Advantage
-/+
-+
Black has a Winning Advantage

Compensation

Counterplay

Initiative

Attack

Zugzwang

Only Move

Development Advantage

Space Advantage

Zeitnot (Time Trouble)

N
Novelty

RR
Editorial Annotation

Better is

Worse is

=
Equivalent is

With the Idea of

Directed Against

<<
Queenside 
>>Kingside 
e.p.En Passant 
OTBOver the Board 
CCCorrespondence Chess 
Ch.Championship 
M.Match 
OLOlympiad 
ztZonal 
iztInter-zonal 
rpdRapid Play 
simSimultaneous 
jrJunior Event 
wWomen's Eventwom

1.4.12

Bishop's Opening

       Hari ini saya nak kongsikan satu opening yang sangat sharp dengan anda. Pengetahuan tentang opening ini saya cedok bulat-bulat daripada web ini http://www.rci.rutgers.edu/~goeller/urusov/bishops/index.html. Apa yang saya buat hanyalah menterjemahkan semula kandungan sumber-sumber tersebut ke dalam Bahasa Malaysia supaya adik-adik dapat memahaminya. Selain itu saya juga menokok tambah kandungan web tersebut dengan merujuk kepada beberapa buah buku rujukan dan beberapa buah web. Saya juga merekodkan semula gerakan dalam Game Viewer bagi memudahkan anda semua review permainan-permainan tersebut.

       Bishop's Opening  (1.e4 e5 2.Bc4) merupakan salah satu daripada opening lines yang mula-mula direkodkan dan pernah dimainkan oleh Greco, walaupun dia dan pemain sezamannya lebih menyukai King's Gambit (1.e4 e5 2.f4). Philidor merupakan pemain yang mula-mula menganalisis  Bishop's Opening secara meluas pada akhir kurun ke-18. Dia lebih menyukai 2.Bc4 berbanding 2.Nf3 kerana ia memberikan ruang kepada pawn untuk ke f4 bagi memperolehi space advantage  dan menguasai center dengan pawn. Pada kurun ke-19, Howard Staunton telah mengkaji  dan bermain beberapa permainan dengan line ini  sama ada sebagai White atau Black (terutamanya dalam pertarungannya dengan Cochrane pada tahun 1842). Tetapi tak sampai pun pada pertengahan kurun, dengan pendekatan yang romantik terhadap opening ini, yang dimainkan untuk memperolehi time dan space , telah mendapat populariti disebabkan oleh kejayaan Adolph Anderssen dan lain-lainnya. Oleh sebab Anderssen yang telah memacu jalan kepada pendekatan yang menarik terhadap line ini, jadi permianannya menjadi ciri utama dalam dalam web ini dan akan diannotated sepenuhnya.

       Pada ketika ini, Bishop's Opening pernah dimainkan oleh Bent Larsen dan John Nunn, dan lebih terkini oleh Vishwanathan Anand, Anatoly Karpov, dan Garry Kasparov. Walaubagaimanapun kesemua pemain ini secara umumnya lebih menyukai line yang agak perlahan dan kurang maneuver iaitu 1.e4 e5 2.Bc4 Nf6 3.d3 yang seringkali mirip kepada  closed lines bagi Ruy Lopez.

Jadi, inilah yang dikatakan Bishop's Opening.



Hari ini kita nak tengok pilihan gerakan kedua yang jarang dimainkan bagi Black. Selepas 1.e4 e5 2.Bc4 . . .Black ada;


A1) 2....Be7    A4) 2....Qg5    A7) 2....c6
A2) 2....Ne7    A5) 2....g6      A8) 2....b6
A3) 2....b5      A6) 2....Qe7    A9) 2....Qh4
Tidak seperti gerakan 2.Nf3 bagi White, yang mana ia menyerang e-pawn Black yang menghadkan pilihan gerakan bagi Black, Bishop's Opening membuka ruang yang luas bagi Black untuk membuat pilihan gerakan . Namun, tiada satu pun gerakan kedua bagi Black di atas yang terbaik. Tetapi kalau anda bermain sebagai White, lebih baik anda ambil tahu cara untuk membalas gerakan-gerakan di atas. Mana tahu kadang-kadang mungkin anda akan bertemu dengan pemain yang menggunakan gerakan-gerakan di atas sebagai gerakan kedua terutamanya ketika bermain blitz game.

Sila klik pada gerakan-gerakan di atas untuk melihat cara White membalas gerakan. Jadi untuk;

A1) 2....Be7    White ada 3.Qh5 yang memberikan White 1 pawn percuma.

A2) 2....Ne7   Black cenderung untuk hilang 1 minor piece. Lihat game penuh di sini.

A3) 2....b5      Selepas 3.Bxb5 Black ada A3a) 3....f5 dan A3b) 3....c6.

       A3a) 3....f5


Lihat game MacDonnell--Labourdonnais, London 1834.
Lihat game Mongredien--Anderssen, London 1851.

      A3b) 3....c6       Selepas 3...c6 White ada A3b1) 4. Bc4 dan A3b2) 4. Be2

             A3b1) 4. Bc4


Jelas permainan kedua-dua pihak boleh dibaiki tetapi White telah beroleh advantage melalui opening.

             A3b2) 4. Be2


Lihat game Jendrossek--Zuechner, Correspondence 1990.

A4) 2....Qg5

A5) 2....g6

A6) 2....Qe7

 A7) 2....c6

A8) 2....b6  

A9) 2....Qh4




Juara Dunia Yang Pertama

1st World Champion, 1886 - 1894

Wilhelm Steinitz (1834 - 1900)

Wilhelm Steinitz dilahirkan di Prague, Bohemia (sekarang Czech Republic). Belajar bermain catur ketika berumur 12 tahun dan minatnya mula berkembang ketika sedang belajar di ViennaPada ketika itu kehebatan Morphy sebagai seorang pemain catur handalan telah menjadi buah mulut orang ramai dan membangkitkan semangat mereka untuk meminati permainan ini. Sebagi seorang pelajar yang miskin, Steinitz melihat bahawa catur merupakan peluang baginya untuk memperolehi wang dengan bermain di sebuah kedai kopi di Vienna. Ketika berumur 26 tahun dia telah menjadi juara di Vienna dan pemain catur professional.
Steinitz telah datang ke London pada tahun 1862 untuk mewakili Austria dalam satu pertandingan. Adolf Anderssen, ketika itu seorang pemain yang terunggul, telah menjuarai pertandingan tersebut dan  Steinitz mendapat tempat ke-6. Steinitz mengambil keputusan untuk menetap di England di mana kebanyakan pemain terbaik Eropah berada di sana. In 1866 Steinitz telah mengalahkan  Anderssen dalam satu pertandingan dengan mencatatkan keputusan 8 kemenangan, 0 seri and 6 kekalahan. Steinitz kemudian mendakwa bahawa ini adalah permulaan bagi dirinya menuju kejohanan dunia walaupun pada ketika itu tiada cadangan untuk mempertaruhkan sebarang gelaran dalam mana-mana pertandingan Steinitz telah mengalahkan Anderssen dalam satu pertandingan pada tahun 1868 di Aachen tetapi tidak lam kemudian Anderssen telah mengalahkan Steinitz dalam satu petandingan yang lebih penting di Baden-Baden pada tahun 1870. Selapas kematian pada tahun 1879, salah seorang muridnya, Johannes Zukertort muncul sebagai saingan yang hebat kepada Steinitz. Zukertort telah mengalahkan Anderssen dalam satu perlawana pada tahun 1871 tetapi apabila satu perlawanan telah diaturkan antaranya dengan Steinitz pada tahun 1872 Zukertort telah dikalahkan dengan dahsyat.
10 tahun berikutnya Steinitz tidak banyak menyertai pertandingan. Sebaliknya, dia bekerja keras untuk memantapkan teori bermain catur. Dalam sejarah catur, kebijaksanaan pemain catur untuk membuat sacrifice dan winning attack menjadi daya tumpuan ketika itu. Steinitz melawan amalan ketika itu dengan mempertahankan bahawa sesuatu permainan tidak akan kalah tanpa pemainnya membuat sebarang kesalahan. Dia cuba menunjukkan bahawa jika tidak terdapat kesalahan dalam pertahanan ketika bermain, serangan hebat yang dilakukan oleh pihak lawan tidak akan berjaya. Dia menekankan bahawa sesuatu permainan catur mengandungi satu struktur logik yang mana kelebihan (advantage) kecil boleh berhimpun untuk membentuk kelebihan yang lebih besar dan serangan yang dilakukan sepatutnya berdasarkan kepada positional advantage. Dia berusaha untuk membuktikan teori ini dalam permainannya.
Steinitz bertemu Zukertort sekali lagi dalam London International Tournament pada tahun 1883. 14 orang pemain terbaik dunia berada di sana untuk bermain 2 permainan setiap orang dalam 26 pusingan. Pertandingan ini juga merupakan pertandingan rasmi pertama yang menggunakan jam mekanik untuk menentukan masa dalam permainan. Zukertort bermain dengan hebat dengan kemenangan sebanyak 22 kali daripada 23 permainan dan memperthankan tempat pertama selama 2 minggu perlawanan berlangsung. Akhirnya dia keletihan dan kalah 3 permainan terakhir. Walaubagaimanapun dia masih 3  mata di hadapan Stenitz yang mendapat tempat kedua.
Tidak lama selepas pertandingan tersebut Steinitz telah meninggalkan England untuk menetap di Amerika Syarikat dan di tengah-tengah kekalutan untuk menentang Zukertort dan persediaannya untuk menghadapi kejohanan rasmi catur dunia yang pertama.
Kejohanan rasmi catur dunia yang pertama bermula pada hari Isnin 11 Januari 1886 di Amerika Syarikat. Bahagian pertama pertandingan berlangsung di New York sehingga salah seorang pemain memenangi 4 permainan. Mereka kemudian berentap di St. Louis sehingga salah seorang daripada mereka memenangi 3 permainan lagi. Bahagian terakhir berlangsung di New Orleans. Pemenang hendaklah menjadi orang pertama yang yang memperoleh 10 mata kemenangan. Buat pertama kalinya, sebuah papan yang besar digunakan untuk memainkan semula gerakan kepada gerombolan penonton yang berkumpul untuk melihat pertarungan tersebut dan selepas beberapa gerakan dibuat ia dihantar ke Eropah di mana ramai orang menyokong Zukertort.
Akhirnya pada peringkat pertama Zukertort telah mendahului dengan keputusan 4-1. Di St. Louis Steinitz telah menyamakan kedudukan dengan keputusan 4½ - 4½. Di New Orleans perlawanan tidak banyak perbezaan sehinggalah pada permainan yang ke-15 dengan Steinitz mendahului 6-5 dan 4 seri. Zukertort kemudian memperolehi 1 seri pada 5 pusingan berikutnya dan telah menunjukkan tanda-tanda keletihan yang amat sangat. Steinitz kemudian telah mengalahkan Zukertort dengan keputusan 10- 5 dan telah dinobatkan sebagai juara dunia.  Zukertort kembali ke England dalam keadaan uzur dan meninggal dunia 2 tahun kemudian pada umur 46 tahun.
Steinitz merupakan pemain catur pertama yang meraih wang hadiah daripada pertandingan dan kemenangan tetapi dia tidak dapat mengumpulkan wang untuk bersara dengan selesa. Dia terpaksa bermain catur untuk suatu masa yang lama walaupun dia telah berada di kemuncak kegemilangannya. Dia akhirnya mengalami masalh mental dan menghabiskan sisa hidupnya di hospital pesakit mental. Dia meninggal dunia dalam keadaan papa kedana pada 12 Ogos 1900.